Tuesday, August 17, 2010

Impianku

Universiti
itulah yang selalu aku impikan
sejak kecil sehinggalah
usiaku meningkat dewasa

Universiti
bukanlah semata-mata impian ku
malah menjadi satu harapan ibu dan ayahku
untuk melihat aku berjaya

Universiti
satu persinggahan yang penuh cabaran
menghadapi liku-liku demi mencapai
satu impian

Universiti
kini kehidupanku berada di sini
menempuh hari-hari yang penuh cabaran
aku terpaksa akur kerana inilah impianku selama ini